Monday, December 31, 2018

E-FOLIO SETIAP KAUM MEMPUNYAI BATAS PERGAULAN DAN PANTANG LARANG TERSENDIRI



DUA6022 - KOMUNIKASI DAN PENYIARAN
SETIAP KAUM MEMPUNYAI BATAS PERGAULAN DAN PANTANG LARANG TERSENDIRI

PENSYARAH :

PN YUSIDAWATI BINTI YUSUF

NAMA AHLI KUMPULAN :

MOHAMMAD ZAINUDIN BIN SHAMSUDIN
( 02DKM16F2026 )

MUHAMMAD FAHMI HAZANI BIN HASMAWADI
( 02DKM16F2014 )

MOHD NAZREEN BIN MOHD NAZLAN
( 02DKM16F2011)

MUHAMMAD AFDHAL BIN FAISAL
( 02DKM16F2043 )





1.0           PENGENALAN
Pergaulan merujuk kepada proses sosialisasi antara sesama manusia. Oleh itu, Islam menetapkan peraturan pergaulan antara sesama manusia dan antara lelaki dengan perempuan. Seseorang itu tidak boleh dipisahkan dengan kehidupan bermasyarakat. Menurut Mohd. So’od (2010), terdapat tiga peringkat dalam memulakan pergaulan seperti yang berikut


1     Peringkat berkenalan
Berkenalan atau taaruf ialah peringkat yang membantu kita untuk saling kenal-mengenali dalam memulakan sesuatu hubungan. Melalui cara ini, kita dapat mengetahui sifat, bangsa, agama, kegemaran dan kedudukan yang ada pada diri seseorang


2              Peringkat memahami
Peringkat memahami atau tafahum ialah peringkat kedua dalam batas pergaulan. Pada peringkat ini, kita dapat memahami dengan lebih mendalam tentang mereka yang berhubung dengan kita. Dengan memahami latar belakang, akhlak dan sifat seseorang, maka mudahlah untuk menentukan orang yang menjadi teman. Jika kita bergaul dengan orang-orang yang baik akhlaknya, maka kita akan mendapat tempias kebaikan mereka. Begitulah sebaliknya, jika kita bergaul dengan mereka yang buruk akhlaknya, maka keburukan mereka akan mempengaruhi diri kita.
3              Peringkat tolong-menolong
Peringkat tolong-menolong atau taawun ialah peringkat yang terjalin daripada hubungan yang akrab. Namun, setiap tindakan yang dilakukan dalam pergaulan antara sesame manusia mestiah bertetapan dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

2.0          BATAS DAN ADAB PERGAULAN DALAM ISLAM
Sebelum membincangkan adab dan batas pergaulan menurut Islam, perkara penting yang kita tidak boleh tinggalkan ialah persoalan tentang aurat bagi lelaki dan wanita. Aurat diambil daripada perkataan Bahasa Arab, iaitu ‘aurah’ yang bermaksud keaiban. Dari sudut fiqah, aurat merujuk bahagian tubuh yang wajib dilindungi daripada pandangan. Perintah Allah supaya menutup aurat terdapat dalam surah al-A’raf ayat ke-26 yang menjadi dalil wajib menutup aurat.

1              Aurat lelaki
Jumhur Fuqaha daripada al-Syafi’iyyah, al-Malikiyah dan al-Hanabilah berpendapat bahawa aurat lelaki adalah antara pusat hingga ke lutut. Namun demikian, lelaki adalah wajib menutup anggota yang terdekat dengan pusat dan lutut supaya “aurat” yang wajib itu dapat dijaga dengan sempurna.
2              Aurat wanita
Ulama Muslimin berpendapat bahawa aurat bagi wanita ialah keseluruhan badan, selain muka dan kedua-dua tapak tangannya (Maudidi,1995)
3              Pakaian lelaki
Pakaian lelaki hendaklah longgar dan sehingga tidak menampakkan apa-apa yang hendak dilindungi. Selain itu, pakaian lelaki tidak boleh menyerupai pakaian wanita dan pakaian orang-orang kafir. Tujuan berpakaian bukanlah untuk tujuan kebanggaan mencari kemasyhuran, tetapi menurut syariat Islam.
4              Pakaian wanita
Pakaian wanita mestilah pakaian yang menutup semua anggota badan kecuali bahagian muka dan tapak tangan seperti yang dibenarkan dalam Islam. Pakaian wanita mestilah longgar supaya tidak menampakkan susuk tubuhnya. Pakaian wanita perlu tebal, tidak menampakkan warna kulit dan tidaklah bersifat menarik perhatian dan syahwat kaum lelaki. Pakaian wanita juga tidak boleh menyerupai pakaian lelaki dan tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir. Tujuan berpakaian adalah untuk menutup aurat seperti yang disyariatkan dalam Islam.

3.0          ADAB-ADAB DAN BATAS PERGAULAN
Adab dan batas pergaulan yang diperintahkan oleh Allah SWT bertujuan mengekang atau menghalang perbuatan seorang hamba-hambaNya dalam pergaulan (antara lelaki dengan wanita). Pada setiap masa dan keadaan, kita perlu memastikan adab dan pergaulan kita bertepatan dengan ajaran Islam tidak kira di mana-mana jua tempat seperti ketika berada di tempat kerja, di dalam kenderaan awam, ketika bersiar-siar, membeli-belah, menyertai program-program sosial dan sebagainya. Oleh yang demikian, Islam telah menggariskan beberapa adab dan batas pergaulan yang perlu dijaga oleh setiap umat-Nya. Beberapa adab yang perlu diikuti ketika bergaul adalah seperti yang berikut:

1              Memelihara pandangan
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat” (QS. 24:30)
2              Menutup aurat secara sempurna

Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-Nuur : ayat 31).
3              Tidak berdua-duaan antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram
Nabi bersabda, “Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah berkhalwat dengan seorang wanita (tanpa disertai mahramnya) karena sesungguhnya yang ketiganya adalah syaithan (HR. Ahmad).

4              Menjaga perkataan dan mengawal perbualan
“Hai para isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara hingga berkeinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya. Dan ucapkanlah perkataan yang ma’ruf.” (QS. 33: 31).
Berkaitan dengan suara perempuan Ibnu Katsir menyatakan, “Perempuan dilarang berbicara dengan laki-laki asing (non mahram) dengan ucapan lunak sebagaimana dia berbicara dengan suaminya.” (Tafsir Ibnu Katsir, jilid 3)
Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan Yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. oleh itu janganlah kamu berkata-kata Dengan lembut manja (semasa bercakap Dengan lelaki asing) kerana Yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang Yang ada penyakit Dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah Dengan kata-kata Yang baik (sesuai dan sopan). (Al-Ahzaab : 32).
Melunakkan suara berbeda dengan merendahkan suara. Lunak diharamkan, manakala merendahkan suara adalah dituntut. Merendahkan suara bermakna kita berkata-kata dengan suara yang lembut, tidak keras, tidak meninggi diri, sopan dan sesuai didengar oleh orang lain. Ini amat bertepatan dan sesuai dengan nasihat Luqman AL-Hakim kepada anaknya yang berbunyi : “Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai” (Surah Luqman : ayat 19). Penggunaan perkataan yang baik ini perlu dipraktikkan sama ada melalui perbualan secara langsung tidak langsung , contohnya melalui SMS, Yahoo Messengger ataupun apa yang ditulis di dalam Facebook kerananya menggambarkan keperibadian penuturnya

5              Mengawal perhiasan
“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah yang pertama dahulu; dan dirikanlah solat serta berilah zakat: dan taatlah kamu kepada Allah dan rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – wahai “ahl al-bait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya(dari segala perkara yang keji)” surah Al-ahzab 33,33

6              Menghindari tempat yang tidak baik
Menjauhi tempat-tempat yang haram adalah sebuah keharusan kerana ia mengandungi bahaya yang banyak(akhthar al-iqtirab min amakin al-muharramat) iaitu:
1              Itsarat asy-syahwat(menimbulkan gejolak syahwat)
Hal ini dapat mengakibatkan dua hal negatif:
Ø  Idthirab an-nafs(kegoncangan dan kegelisahan jiwa)
Ø  Al-wuqu’ fi al-ma’ashi(terjatuh kepada kemaksiatan)
2              Su’uzhann al-akhrin(menimbulkan prasangka buruk orang lain)
3              Al-wuqu’ fi an-nazhar al-muharram(terjatuh kepada perbuatan melihat yang diharamkan oleh Allah SWT)
4              Idh’af al-iman wa’adamu karahiyat al-ma’ashi(melemahkan iman dan kehilangan kebencian kepada kemaksiatan)
5              ‘Urdhatun li su-il khatimah(terancam meninggal dalam su’ul khatimah)
6              Mashdar lintisyar al-ma’ashi fi al-mujtama’(tempat maksiat menjadi sumber tersebarnya maksiat tersebut ke tengah masyarakat)

3.1          Kesan buruk yang timbul daripada Pergaulan Bebas
1.    Merosakkan jiwa dan akhlak
Jiwa yang rosak akan membentuk akhlak yang buruk. Seseorang yang  berkelakuan buruk ketika bergaul akan menyebabkan hati menjadi hitam dengan dosa-dosa yang ditanggungnya. Dosa akibat perbuatan maksiat akan mengakibatkan seseorang itu sukar untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Untuk menghilangkan kekotoran itu, kita perlu bertaubat memohon keampunan-Nya, sentiasa mengingati Allah SWT serta melakukan perbuatan-perbuatan yang disukai-Nya.
2.    Menyuburkan perzinaan
Pergaulan bebas tanpa ikatan dan batasan akan menjadi puca kepada perbuatan zina dalam kalangan manusia. Oleh yang demikian, kita diperintahkan untuk menundukkan pandangan supaya nafsu serta keinginan dapat dikawal. Syaitan sentiasa berusaha agar manusia sentiasa membuat dosa dan maksiat. Oleh itu, kita perlu sentiasa berdoa dan memohon kepada Allah SWT supaya dapat menghindar zina dan perbuatan maksiat yang lain.
3.    Merosakkan maruah diri, masyarakat dan negara
Setiap perbuatan yang bercanggah dengan hukum Allah SWT akan membawa keburukan. Kemungkaran yang dibuat akan merosakkan maruah diri seseorang. Tanpa maruah, seseorang itu tidak akan dihormati dan hilang harga dirinya. Masyarakat dan negara juga akan menerima kesan daripada pergaulan bebas ini.
4.    Membawa kepada kemurkaan Allah SWT
Sesiapa yang menjaga dan melaksanakan perintah Allah SWT termasuk dalam golongan hamba yang mulia di sisi-Nya. Orang-orang yang melanggar perintah dan larangan Allah SWT pula akan mendapat kemurkaan-Nya. Hidup mereka akan sentiasa berada dalam keresahan, tidak tenteram dan tidak lagi mendapat ketenangan jiwa akibat dosa-dosanya.

4.0          PANTANG LARANG
4.1          Pengenalan
Pantang larang merupakan kepercayaan mayarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Pantang larang adalah sesuatu perkara yang menyekat kita dari melakukan sesuatu kerana ada keburukkan disebaliknya. Ia selalunya diamalkan oleh orang-orang tua dikalangan masyarakat Melayu, Cina dan India. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun kemurun. Pentingnya pantang larang sebagai adat yang perlu dipatuhi jelas diungkapkan melalui pepatah “biar mati anak, jangan mati adat.”

Pantang larang yang dikenakan oleh orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan. Sebahagian Pantang larang sudah menjadi amalan atau prinsip dalam kehidupan hari ini.

Segala pantang larang sebenarnya diperturunkan untuk kebaikan kaum itu sendiri seperti pantang larang semasa perkahwinan, perayaan dan juga semasa menganudung.Sebenarnya pantang larang yang diturunkan oleh nenek moyang mementingkan penjagaan kesihatan diri agar seseorang sentiasa sihat dan cergas.

Walaupun kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India mempunyai pantang larang semasa perkahwinan, perayaan dan juga mengandung tetapi pantang larang yang diamalkan oleh kaum-kaum adalah berbeza.Inilah menunjukkan Malaysia terdiri daripada kaum majmuk.

4.2          Pantang larang kaum melayu
4.2.1      Perkahwinan
Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan beemakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yang ditetapkan harus diikuti utk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.

Pantang larang bermula dengan jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.Psangan tersebut juga tidak dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga.

Selain itu, pasangan dilarang bebas keluar kemana-mana kerana takut dissantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelbagai mengelakkan perut buncit. Pengantin juga dilarang bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelakkan diri dari perkara sihir.Pasangan juga dilarang membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kerana ia boleh melemahkan organ seks.

Pasangan perlu elakkan diri daripada terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan. Mereka juga elakkan keluar rumah tanpa rujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

Orang-orang tua melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang .Pantang larang perlu dipatuhi untuk mengelakkan berlaku sesuatu kejadian yang tidak baik.

4.2.2      Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha
Hari Raya Aidilfitri
1.      Dilarang membazir dan berbelanja lebih-lebihan untuk menyambutnya. Selaras dengan tuntutan agama Islam itu sendiri.
2.      Memakai pakaian bersih,cantik dan juga wangi-wangian.
3.      Umat Islam yang kehilangan saudara mara akan menziarahi pusara mereka dan menghadiahkan surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yasin.
4.      Berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka bermaaf-maafan dan melupakan kisah silam yang lampau.
5.      Memasang pelita di waktu malam untuk menyambut malam tujuh likur.
6.      Pemberian wang kepada kanak-kanak oleh orang dewasa.
7.      Mengadakan rumah terbuka ataupun berkunjung ke rumah terbuka yang diadakan.
8.      Membuat dan menghidangkan juadah wajib seperti ketupat,lemang,rendang dan berbagai-bagai lagi.


Hari Raya Aidiladha.
1.      Melakukan ibadah korban sebelum dibahagi-bahagikan kepada kafir miskin dan juga orang ramai.
2.      Mengenakan pakaian bersih,cantik dan memakai wangi-wangian.
3.      Melawati kubur-kubur sanak saudara dan sahabat handai yang telah pergi.
4.      Disambut dengan adab kunjung mengunjung dan rumah terbuka.
4.2.3      Mengandung
Masyarakat Melayu terkenal dengan pelbagai pantang larangnya. Begitu juga untuk  mereka yang mengandung. Antara pantang larangnya ialah mereka yang mengandung dilarang mencaci dan mengumpat. Dilarang memaku atau memahat dan mengali lubang serta memukul binatang. Mereka juga dilanrang duduk di anak tangga dan juga dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari. Terdapat juga pantang larang untuk suami ibu mengandung. Antaranya ialah suami dilarang meniup sebrang bunyi bunyian, menyembelih, memburu dan memukul binatang. Semua pantang larang ini adalah untuk keselamatan anak yang dikandungnya.

4.3          Pantang larang kaum india
4.3.1      Perkahwinan
Perkahwinan kaum india di malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu tamil tirumanam ,eliyat tirumanam dan vaitiikat tirumanam . Terdapat banyak adat dan pantang larang perlu diikut oleh kaum india semasa perkahwinan .
Pantang larang semasa merisik adalah bakal pasangan akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika rombongan bakal pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang ikutserta kerana dianggap tidak sopan.
Selain itu, sebelum majlis perkahwinan berlangsung ,kad jemputan perlu disediakan dan dibuat berdasarkan almanak hindu tanpa kesilapan ,jika terdapat kesilapan bermakna perkahwinan tersebut  akan tidak dapat dijalankan dengan lancar .
Jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil ,maka hanya sayur-sayuran boleh dihidangkan kepada para tetamu dan makanan lain tidak boleh dihidangkan terutamanya daging lembu,kerana agama hindu melarang makan daging lembu.
Kesimpulannya ,pada zaman modem sekarang ramai kaum india juga terus mematuhi adat dan pantang larang yang diwarisi oleh nenek moyang  kerana keadaan ini membuktikan tradisional budaya dan unik terhadap kaum india .

4.3.2      Deepavali
Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut Hindu di seluruh dunia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan “Dipa” yang bermaksud cahaya dan perkataan “Gavali” yang bermaksud barisan. Perayaan ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil. Perayaan ini juga dikenali sebagai pesta cahaya. Cahaya bermaksud ‘harapan’ , ‘kemenangan’, dan ‘kebahagiaan’.
Pada petang sebelum perayaan, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan malam bersama dengan pelbagai jenis makanan hidangan tradisi kaum India. Pada waktu malam pula diadakan upacara mesti memasang pelita oleh seluruh ahli keluarga. Pelita yang dipasang dipercayai bahawa kecerahan dapat mengatasi segala kejahatan. Terdapat juga upacara menyusun beras atau hampas kepala yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu. Upacara ini membawa maksud yang mendalam kepada semua penganut Hindu termasuk makluk kecil di dunia ini, misalnya semut sebagai tanda ucap selamat datang kepada para tetamu.

Pada pagi perayaan, seluruh ahli keluarga perlu bangun pagi sebelum matahari terbit untuk mandi dan membersihkan diri. Mereka perlu mandi dengan minyak bijan yang akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek. Mengikut kepercayaan kaum India, mandi minyak bijan diibarat mandi di Sungai Ganges untuk tujuan membersihkan diri dari segala kejahatan dan sifat dengki.

Selepas mandi, pakaian yang dipakai mestilah warna yang garang seperti merah, biru dan oren. Mereka dilarang berpakai  pakaian yang berwarna hitam atau putih yang lebih bermaksud kesedihan. Selepas itu barulah bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Upacara sembahyang dijalankan di kuil bagi mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

4.3.3      Mengandung

Bagi masyarakat India,terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh seorang ibu yang mengandung. 
1.    Dilarang keluar rumah berseorangan pada waktu malam 
2.    Dilarang tidur pada waktu siang atau tidur berlebihan.
3.    Dilarang melakukan perbuatan-perbuatan buruk seperti mengumpat, membuat fitnah, bergaduh, menyembelih binatang dan sebagainya.
4.    Dalam tempoh 2 bulan selepas bersalin, si ibu perlu menghindarkan diri daripada melakukan kerja-kerja yang berat.

Masyarakat India mengamalkan tempoh berpantang selama 60 hari. Pada tempoh hari yang pertama, saudara mara dan jiran tidak digalakkan melawat ke rumah bayi yang baru dilahirkan kerana takut-takut mengganggu bayi yang baru lahir dan menyebabkan dia terkejut.


4.4          Pantang larang kaum cina

4.4.1      Perkahwinan
1.    Bakal pengantin tidak digalakkan menghadiri majlis pengebumian selama 3 bulan sebelum dan selepas majlis perkahwinan
2.    Hiasan dalam majlis perkahwinan tidak digalakkan untuk menggunakan warna putih,biru tua,hitam dan hijau.
3.    Dalam bilik tidur bakal pengantin baru, katil, meja dan almari perlu diletakkan dalam kedudukan yang biasa dan bukannya disudut bilik
4.    Nombor genap sering digunakan dalam majlis perkahwinan. Menurut kepercayaan orang cina, majlis perkahwinan yang tidak mengikut protocol yang ditetapkan adalah perkahwinan yang tidak sah.
4.4.2      Tahun Baru Cina
Walaupun kehidupan kini yang serba moden, adat resam ini masih dikekalkan dan tetap diamalkan sehingga kini.Malah, kebanyakan remaja Cina masih mempercayai dan mengamalkan adat berkenaan supaya ia dapat dipertahankan sepanjang zaman.Seperti dengan kaum-kaum lain,bangsa cina mempunyai beberapa pantang larang sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Pantang larang yang amat diutamakan bagi kaum cina ialah orang Cina mempercayai bahawa mereka tidak boleh menyapu rumah pada hari  raya pertama kerana menganggap ia boleh membuang segala keuntungan atau “ong” yangada.

Selain itu, masyarakat Cina turut percaya bahawa mereka akan ditimpa malang jika pinggan mangkuk yang digunakan pada hari sambutan itu telah pecah.Oleh itu, mereka akan pastikan sentiasa berhati-hati ketika melakukan kerjarumah.

Acara makan beramai-ramai pada waktu malam sehari sebelum hari Tahun Baru Cina  paling dinantikan kerana ia dapat memperlihatkan perpaduan dan keakraban sesebuah keluarga yang dapat bersama-sama berkumpul bagi merayakannya.Biasanya baga orang tua,mereka rasa bahawa  walau sesibuk manapun individu terbabit dengan pelajaran, kerjaya, perniagaan ataupun urusan seharian mereka, sambutan acara ini tidak boleh dilepaskan.

Perkataan yang tidak sopan dan bermakna buruk tidak digalak sempena perayaan Tahun Baru Cina.Antaranya ialah seperti perkataan mati,hantu ataupun cakap kotor amat dielakkan pada masa raya.Kaum cina mempercayai bahawa ini akan membawa buruk sepanjang tahun tersebut.

Sungguhpun kini kebanyakan remaja tidak lagi memakai pakaian tradisional seperti dulu, ini tidak bermakna segala tradisi turut dilupakan.Kami masih mengenakan pakaian berwarna merah dan mengelakkan pemakaian baju warna hitam kerana beranggapan ketika menyambut sesuatu perayaan, kita perlu kelihatan ceria.Warna hitam akan membawa buruk bagi orang cina.

Selain itu, pemberian angpau masih tetap   diamalkan iaitu bagi pasangan  yang sudah berkahwin mereka perlu memberikan angpau kepada kanak-kanak dan mereka yang belum berkahwin.Malah, sekiranya individu berkenaan sudah lanjut usia, tetapi masih belum berkahwin, dia tetap akan mendapat pemberian angpau. Sama ada dia menerimanya ataupun tidak, bergantung kepada individu-individu.

Kewujudan pantang-larang boleh dikatakan adalah untuk membimbing perlakuan supaya tidak termasuk dalam kategori masyarakat tidak beradab.Baginya saya, walaupun zaman semakin moden berbanding dengan dahulu,perayaan, adat resam dan pantang-larang yang diperturunkan tidak boleh dipandang rendah.Adat resam yang diperturunkan patut mengekalkan dan memberi tahu kepada generasi yang akan datang

4.4.3      Mengandung

1.    Dilarang makan daging arnab
                                          Jika dimakan, bayi yang dilahirkan akan mempunyai bibir arnab.


2. Dilarang makan daging anjing.

Jika dimakan, bayi yang dilahirkan akan suka mengigit orang, terutamanya masa menyusui bayi.


3. Dilarang makan daging ayam jantan.

Barulah bayi tidak menangis pada tengah malam.


4. Dilarang makan ketam.

Barulah bayi tidak asyik mengeluarkan air liuh.

5. Dilarang makan makanan yang bersifat sejuk seperti ais-krim,tembikai. Kemungkinan membawa kepada masalah keguguran bayi.


6. DIlarang mengambil gunting atau penyepit kuku

Bayi yang dilahirkan akan mengalami kecacatan.


7. DIlarang mengangkat tangan melebihi paras bahu.

Ibu tidak mudah mengimbangi diri.


8. Dilarang tepuk bahu ibu.

Ibu mudah terkejut dan mengakibatkan keguguran bayi.

9. Dilarang menyidai baju.
Kononnya akan mengakibatkan keguguran bayi.


10. Dilarang menghadiri upacara perkahwinan.

Upacara perkahwinan akan mempengaruhi emosi ibu, dan mempengaruhi bayi secara tidak langsung.

5.0          KESIMPULAN
          Berdasarkan huraian sebelum ini, kami dapat menyimpulkan beberapa perkara iaitu:
·         Islam telah menetapkan dan mengatur batas-batas dalam pergaulan antaranya menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan diri.
·         Islam menitik beratkan tentang aurat-aurat yang perlu dijaga bagi lelaki dan wanita
·         Budaya bercouple adalah merupakan konsep pergaulan bebas yang jauh sama sekali dengan konsep pergaulan yang diterapkan dalam islam
Konsep hubungan sesame manusia, persaudaraan dan kejiranan amat penting untuk difahami. Nilai-nilai murni seperti kasih saying, belas kasihan, saling menghormati, bekerjasama, dan bertanggungjawab dapat memupuk masyarakat yang bersatu padu dan hidup aman dan damai. Kehidupan bermasyarakat mempunyai batas-batas yang telah ditetapkan dalam Islam yang melibatkan batas-batas pergaulan dana dab sesame manusia.
6.0          RUJUKAN
Marzuki Sepiaal,Rina Fakhizan Mohd Sukri,Dr. Alias Mat Saad(2016).Komunikasi dan Penyiaran dalam Islam.Kuala Lumpur: Siri Politeknik. Oxford Fajar.